Sahabat Tanpa Suara

Mengatasi Ketakutan II...

Thursday, June 16, 2016

Assalamualaikum...

Apa khabar semua...? Fuh last update adalah Januari lepas, macam sibuk sangat gayanya kan... Yelah dah start kerja kan... Tapi nak kata sibuk sangat di tempat kerja pun taklah jugak... Just, i've been doing something la... Here and there, bukanlah penting sangat pun, just meneruskan kehidupan... Yang sebenarnya malas tu yang lebih tu yang lama tak menghapdet tu... Fikir-fikir pulak ada lagi ke yang membaca blog picisan ku ini... Huhuhu

Sampailah beberapa hari yang lepas, ada seseorang text aku:

- Salam, ini encik Shamsul ke...? Yang kanser peti suara tu...? Yang undergoes total laryngectomee tu...?

- Yup, sayala tu...? Awatnya...?

- Takde apa... Just nak tanya khabar je dan nak ucap terima kasih banyak-banyak... Tulisan encik banyak bagi panduan dan motivasi dalam nak menjaga ayah kami... Ayah kami kanser jugak encik Shamsul, kanser pita suara, sama macam encik... Cumanya kami wonder jugak kenapa lama dah encik tak update blog...? bla bla bla, chit chat chit chat...

Ok ayat dia atas aku reka sendiri, saje nak bagi ayat power sikit... Macam adalah orang yang admire tulisan aku kan... Kah3...

Tapi sememangnya BENAR yang ada orang whatsapp aku dan memberi maksud seperti diatas... Katanya apa yang aku tulis dalam blog ini sedikit sebanyak memang membantu dia dan keluarganya menghadapi situasi bagaimana untuk berhadapan/ menjadi care taker seorang pesakit kanser...

Fuh terkesima aku sebenarnya... Ada gak manfaat tulisan aku ni kan... Dan-dan tu jugalah semangat berbakul-bakul datang. meluap-luap, membara-bara... Maka terhasillah entri hari ini... Kui3... Tapi, itulah hasrat sebenarnya pun aku menulis selama ini, untuk berkongsi... Apa yang baik boleh dijadikan tauladan, mana tak tak baik tu jadilah sempadan, kan...

Ok, nak tau apa perkembangan aku selama 6 bulan tak bersiaran ni...? Erm biasa-biasa aje, takde perkembangan yang menggemparkan sangat... Cumanya satu perkara yang BESAR adalah kini aku sudah boleh BERSUARA...!!!

Ye, BERSUARA...!!! Maknanya kini 'tanpa suara' sudah kembali BERSUARA... Bagaimana...??? Haa tunggu lepas ni aku cerita...

Sebelum tu aku nak maklumkan dulu, kelmarin birthday aku weh, yang ke 40... Yup, sudah 40 aku tahun ini... Apa maknanya 40 itu...? Ongputih kan cakap: life begins at 40... Apa maksud dia...? Jujur aku pun tak ambil tahu sangat selama ini... Dalam ISLAM takde pun cakap apa-apa pasal umur 40 ni kan... Cumanya bagi aku secara peribadi umur 40 ini melambangkan kematangan seseorang lah, kan... Maknanya bila dah 40 tahap matang seseorang itu dah optimum dah...


Dengan pertambahan umur ini juga bermakna semakin hampir jugalah seseorang itu dengan kematian... Jika dulu aku sering membayangkan yang aku akan mati sebagai seorang tua, ditemani oleh isteriku yang setia dan dikelilingi oleh anak-anak yang berjaya; dan berpuas hati serta merasa bangga dengan pencapaian hidup yang telah aku bina... Namun kini, dengan 'anugerah' yang ALLAH kurniakan ini, perspektif pemikiran aku berubah sama sekali... Malas pulak aku nak fikirkan tentang hari-hari tua aku... Yang paling penting adalah masa SEKARANG... Sekarang ini aku masih bernyawa dan masih diberi kesihatan... Syukur padaNYA, taat, tunaikan kewajiban, rapatkan diri kepadaNYA dan NIKMATI kehidupan... Itu SAHAJA...

Ok, jom kita pergi ke perkara BESARRR tadi... Ye, aku kini sudah kembali BERSUARA... ALHAMDULILLAH... Tanpa suara kini sudah boleh bersuara... Jika sebelum ini aku pernah menulis yang aku masih mampu untuk bersuara meski pun telah kehilangan peti suara melaui 3 cara kan... Ingat lagi...? Hermmm akhirnya aku telah memilih cara melalui pembedahan, memasukkan sejenis alat yang dipanggil sebagai TEP ( tracheoesophageal prosthesis ) ke dalam tekak dan memaksa angin dari paru-paru dan mengeluarkan suara melalui pertuturan...

Yes sudah tentu, sehebat mana pun ciptaan manusia itu tidak mungkin dapat menandingi kehebatan ciptaan yang MAHA ESA... Suara aku sudah tentunya tidak seperti dulu, tidak seperti suara-suara kalian... Namun begitu aku tetap bersyukur, aku bersyukur sangat-sangat, sungguh aku betul-betul bersyukur (punya nak tunjuknya yang aku suka)... Yang penting aku masih diberi peluang ke-2 untuk berkomunikasi sesama manusia dengan cara yang paling normal, iaitu bercakap (instead of berbisik sebelum ini)...

Pembedahan sudah agak lama sebenarnya, sudah hampir 2 bulan... Pembedahannya tidaklah seperti total laryngectomee yang aku lalui dulu... Yang tu makan masa lebih dari 12 jam, aku warded lebih 10 hari... Kali ini tidak lama pun, malah aku hanya diwadkan semalaman sahaja... Next entri la aku cerita detail ye... Eh apa korang tak tahu...? Yelah dah aku tak tulis kat sini kan... Hehe... Tapi aku ada update dalam facebook, semua rakan-rakan facebook aku tahu mengenai perkara ini... Jomlah jadi rakan facebook saya...Muahhh3... 

Ok, yang ini aku tak bagitahu lagi dalam facebook - menjalani pembedahan adalah 1 hal, kembali bersuara adalah 1 hal, untuk berhadapan dengan orang ramai dengan suara 'semerdu' ini adalah 1 hal yang lain pula... Jika sebelum ini aku menceritakan bagaimana strugglenya aku untuk memberanikan diri berhadapan dengan orang ramai lebih-lebih lagi untuk memberanikan diri ke tempat kerja; kali ini 'fear' yang aku hadapi tidak kurang besarnya juga... Ye betul aku sudah boleh bersuara, boleh berkomunikasi dengan hampir sempurna... Masalahnya suara aku awful, hodoh, tak sedap didengar, pelik, freekkkkk....

Itulah cabaran besar yang aku hadapi selama hampir 2 bulan pasca kehidupan kembali bersuara ini... Jujurnya aku masih belum mengatasi sepenuhnya... Masih ada sesetengah tempat tu aku belum bersedia untuk membuka mulut untuk bersuara... Ntah aku tak tahu kenapa... Tapi dalam masa sama banyak juga aku cabar diri aku ini, sesetengah tempat tu aku main redah je bercakap... Seperti biasa respon manusia, berbagai-bagai... Ada yang buat pelik, ada yang muka kelakar, ada yang buat macam impressed, ada pulak tu buat bodoh je... Well taklah menakutkan sangat sebenarnya...

Cumanya aku masih lagi perlukan masa, sikittttt je lagi... Dah nak sampai tune dah ni cuma 2-3 hoon je nak sampai lagi... Yang pastinya insha Allah, kali ini dengan sokongan orang-orang disekeliling aku; sekali lagi aku PASTI akan berjaya mengatasi ketakutanku ini... ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH... ALHAMDULILLAH...











12 comments:

Kakzakie Purvit June 16, 2016 at 2:20 PM  

Subhanallah!... tak kisahlah Sham janji ada suara yg boleh didengar oleh keluarga terutama anak-anak dan isteri itu sudah menjadi anugerah terbesar. Kakak nantikan next entri.

Normala Saad June 16, 2016 at 2:35 PM  

Alahamdulillah sudah boleh bersuara. Nikmat sudah dikembalikan. Syukur, saya tumpang happy.Selamat hari Lahir juga moga panjang umur & murah rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ini. Raya tahun ini sudah tentu lebih bermakna.

paridah June 16, 2016 at 3:44 PM  

TAHNIAH SUDAH BOLEH BERSUARA DAN XLAGI MEMENDAM RASA...SYUKUR ALHAMDULILLAH.

kakitravelkhairuddin.blogspot.com June 16, 2016 at 6:09 PM  

syukur alhamdulillah....semoga terus sembuh.

insan marhaen June 16, 2016 at 6:27 PM  

begitu bermanfaatnya blog kan? sebab itu saya lebih suka menulis dalam blog dari fb...

tulisan kita boleh dirujuk dan di manafaatkan oleh orang lain walaupun telah lama penulisan itu...

Ana Jingga June 16, 2016 at 8:33 PM  


Sannah Helwah Sham, selamat hari lahir buat Sham, muda tu dari kak ana ni.. tak kisahlah setiap yang muda pasti akan menjangkau 40 an juga jika diizinNya. Subhanallah..Alhamdulillah positif sangat perkembangan Sham, kak ana tertanya2 juga lama menyepi. Benar..teruskan menulis dan berkongsi pengalaman di blog, dunia mencari info dan kisah yang kita kongsikan di arena ini, semoga sumbangan yang kecil ini besar manfaatnya buat insan lain, Salam Ramadan 1437H

Mama Kembar Tiga June 17, 2016 at 9:36 PM  

Alhamduillah...Moga semakin banyak perkembangan positif lepas ni. Teruskan berblog naaa. Happy belated birthday!

Khir Khalid June 20, 2016 at 12:44 AM  

Syukur Alhamdulillah... semoga Allah kurniakan kesembuhan sebaiknya... aamiin.

Salam Ramadan Al Mubarak... semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya buat kita semua... aamiin... :)

Izwa Kamaruddin June 20, 2016 at 11:57 AM  

Syukur alhamdulillah boleh kembali bersuara.

Mungkin itu adalah reaksi biase manusia bila berdepan yang pelik-pelik dan mungkin saya pun begitu :)

Apa pun tahniah dan alhamdulullah.

cahayahidupku.blogspot.my June 20, 2016 at 4:20 PM  

Salam ukhuwah dan kenal sham,
Alhamdulillah..
Dikurniakan semula nikmat suara yg Allah beri ye sham..
Tabah sungguh sham ni..
Semoga sham terus bahagia bersama keluarga..

Akak follow #769 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

aizamia3 June 29, 2016 at 3:17 PM  

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan baik dan moga en. Sham terus berada di landasan terbaik dalam meniti rutin harian..
Suka dengan tiap baris kata dalam entry blog ni.. tak puas membaco eh.. hehehe..

Unknown August 1, 2016 at 6:21 PM  

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP