Sahabat Tanpa Suara

Khabar Gembira Di Bulan Ramadan...

Friday, June 26, 2015

Assalamualaikum...


So camana dengan Ramadan korang kali ni..? Masuk hari ini maka dah genap pun seminggu kita berpuasa kan...? Bagi aku sendiri, aku bersyukur sangat-sangat kerana setakat ini aku dapat mengharunginya dengan jaya... Bagi yang tahu 'keadaan' aku ni mesti tau betapa aku risau sebenarnya untuk menghadapi Ramadan kali ini... Tapi nampaknya ALLAH betul-betul mempermudahkan untuk aku... ALHAMDULILLAH...

Aku seorang yang tahan berpuasa, sebenarnya aku sudah mula berpuasa penuh seawal tadika atau darjah satu... Aku kurang ingat sejak bila tapi yang pasti PUASA PENUH ok... He hee bukan nak riak pulak tapi just nak bagitau yang aku memang jenis yang tahan berpuasa... Aku boleh bertahan lapar dan dahaga, tak jadi masalah bagi aku... Sejak dari aku kecil lagi...

Tapi Ramadan kali by far merupakan yang paling mencabar bagi aku... Puasa 'tanpa tekak' memang cabaran tahap 'legend'... Serius woo... Sampai pernah aku terfikir untuk 'membatalkan' sahaja puasa aku, bukan sekali tetapi beberapa kali... Terutama pada hari pertama ke hari yang ketiga... Fuh rasa macam budak-budak nak start belajar puasa balik... Tapi seperti yang aku kata tadi, ALLAH tolong aku, bak kata pepatah orang putih ni 'when going get tough, the tough get going' (eh betul ke...?) dan keadaan aku memang bertambah baik... Sehingga ke entri ini aku masih puasa full lagi tau... Ngeee...

Dalam keperitan aku menjalani ibadah puasa kali ini tiba-tiba ALLAH mendatangkan khabar gembira buat aku... Beberapa hari lepas isteri aku dihubungi oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah menyampaikan 2 perkhabaran... Satunya aku telah ditukarkan ke sekolah yang berhampiran dengan kediaman aku sekarang dan keduanya permohonan aku untuk ke jawatan dalam kumpulan pool telah diluluskan...

Ooo korang tak tau ek...? Ok bagi yang tak tahu tu sebelum ini aku bertugas di sekolah yang jaraknya 76 km dari kediaman, memakan masa 1 hingga 1 jam setengah untuk sampai... Sekarang aku telah pun ditukarkan ke sekolah yang jaraknya tak sampai 5 km pun dari kediaman... Best kan...? Best ssssangat... Dan paling penting yang keduanya itu, dengan lulusnya permohonan aku untuk dimasukkan ke dalam kumpulan jawatan pool bermakna aku layak untuk memohon diringankan beban tugas... Aku boleh nemohon untuk menjalankan kerja-kerja administration... Yelah dah takde suara nak mengajor camana kan...?

Kelmarin aku telah ke PPD mengadap pegawai yang bertanggungjawab... SATU lagi khabar gembira apabila pegawai tersebut memaklumkan yang kemungkinan besar aku akan ditempatkan di PPD memandangkan keadaan aku yang tak memungkinkan aku untuk mengajar di sekolah...

"Yelah no point juga cikgu duduk kat sekolah, bukan cikgu boleh mengajar lagi kan... Nak buat kerja-kerja perkeranian pun sekolah dah banyak kerani pun... So cikgu duduk di pejabat ni la ye... Nanti kita akan lantik cikgu ke suatu jawatan yang sesuai... Buat masa ini cikgu teruskan cuti cikgu dulu... Bila-bila cikgu dah sedia nanti cikgu boleh maklumkan kepada pihak kami..."

Amboi niceee je layanan dari pegawai PPD tu, nikmat jadi orang sakit ni... Ngeee...

Herm kalau betul aku ditempatkan di PPD, ini merupakan BONUS kepada berita-berita gembira yang aku dapat... Tapi perasaan aku agak bercampur baur antara gembira,serba salah dan saspender...

Gembira, ye aku gembira... Memang aku minat bertugas di bidang pentadbiran, aku tak nak menafikan... Dan aku rasa aku berbakat dalam pentadbiran... Bukti...? 4 tahun aku bertugas menjaga 1 department ketika berkerja di bidang private sebelum menyertai bidang pendidikan... Aku tahu aku mampu...

Serba salah, ada juga kerana aku rasa aku ditempatkan di situ bukan atas dasar kebolehan aku... Lebih kepada atas dasar ketidakupayaan aku sebenarnya... Apa pulak pandangan orang lain nanti, mesti ramai jugak yang meragui kemampuan aku...

Saspender, ini perasaan paling besar... Yelah setelah hampir setahun bercuti kan... Entah apalah kerja yang bakal aku galas nanti... Bagaimana pula aku nak compete dengan pekerja-perja yang lain... Herm just wait and see jelah kan...

Tapi aku masih belum mahu memikirkannya sangat... Belum masanya kerana aku masih belum mendapat hitam putihnya lagi... Lagipun kini aku sedang berhadapan dengan satu lagi cabaran sekarang ini... Cabaran yang lebih besar, yang akan menentukan keupayaan aku untuk kembali bersuara... Doktor yang bertanggungjawab mengendalikan terapi pemulihan pertuturan aku meletakkan sasaran untuk aku menguasai teknik esophagus speech sebelum berakhirnya Ogos ini... Itu cabaran sebenar aku ketika ini, itu yang harus aku kuasai dahulu...

So buat masa ini aku harus ketepikan dulu soal kerja, sekolah ke, PPD ke, layak ke tak layak ke, rileks dulu... Aku nak kembali bersuara, walaupun tidak seperti manusia normal tetapi at least boleh mengeluarkan suara... Itu matlamat utama aku ketika ini... Wish me luck...






17 comments:

paridah June 26, 2015 at 9:17 AM  

TUMPANG GEMBIRA DGN PERKHABARAN CIKGU SHAM...SEMOGA SUARA YG HILANG AKAN TERLANTUN KELUAE DARIPADA PETI SUARA SEMULA...INSYA ALLAH.

ewanthology June 26, 2015 at 10:54 PM  

Alhamdulillah... berita gembira di bulan ramadhan

Bunda_nora June 27, 2015 at 12:24 PM  

Alhamdulillah...bunda tumpang gembira juga. Mungkin ini rezeki dan rahmat dariNya dibulan mulia ini....

ANIM June 27, 2015 at 4:15 PM  

All the best, Sham. pasti ada tugas lain yang bakal dipikul.
boleh share nanti. kawan sekolah saya ada juga tergolong Pool ni tapi masih ditempatkan di sekolah. bantu kerja2 sekolah tapi tak terlibat mengajar.

aizamia3 June 27, 2015 at 6:25 PM  

Alhamdulillah.. tumpang gembira membacanya..
Moga usaha pemulihan nanti ada jawapan yang positif.. amin..

belogkiter June 28, 2015 at 5:59 AM  

Alhamdulillah... Saya baru follow... Masyallah.. Dugaan yang di balas kebaikan... Dun guve up k...

insan marhaen June 28, 2015 at 7:34 AM  

Redah ajelah, Sham. Allah kan ada...

Muga sukses!

kakrose June 28, 2015 at 4:37 PM  

Alhamdhulillah..Allah telah permudahkan urusan Sham. semuga sukses.

HeNRieTTa JoSe June 29, 2015 at 9:07 AM  

tahniah....DIA mmg sntiasa ada utk kita...bg rietta, PPD pown ok, cuba scop kerja baru....

Kakzakie Purvit June 29, 2015 at 10:41 AM  

Alhamdulillah... Sebagaimana paparan N3 kakak tentang doa - nah Allah dah kabulkan sedikit sebanyak impian dan harapan Sham. Kakak percaya satu hari Allah akan kembalikan semula suara Sham yg menghilang itu. Teruskan doa..

APa pun tahniah dari kakak.

Eye_nee June 29, 2015 at 11:10 AM  

Alhamdulillah sahabat..kami kongsi kegembiraan kamu juga yer...semoga terus tabah...Allah Maha Pengasih Maha Penyanyang...

nhhas July 1, 2015 at 3:18 PM  

Syafakallah sham...

semoga sihat sembuh seperti sedia kala.

Menyumbang lah kepada ummah walau dengan cara apa sekali pun.

Tahniah ... kipidap...

Khir Khalid July 2, 2015 at 12:52 PM  

Alhamdulillah.. sememangnya berita yg menggembirakan.. saya yg membaca pun turut dpt merasa kelegaan di situ. Rezeki kurniaan Illahi.. syukur alhamdulillah. Setiap kita diuji dan setiap ujian tu pastinya membuka lembaran kebaikan buat setiap insan yg diuji tu kan.. Semoga dipermudahkan segalanya buat bro sekeluarga... aamiin.. :)

kakitravelkhairuddin.blogspot.com July 3, 2015 at 3:25 PM  

selamat berpuasa...semoga diberkati Allah.

anyss July 6, 2015 at 1:18 PM  

Assalamualaikum,
semoga dimudahkan semua urusan cikgu.
insha allah moga kesabaran cikgu selama ini allah anugerahkan ganjaran yang setimpal.

tahniah cikgu

SalbiahM August 3, 2015 at 9:38 AM  

Alhamdulillah..tahniah atas berita gembira tu.selamat kembali bertugas, cikgu..Ni sampai bila cuti?

Izwa Kamaruddin August 11, 2015 at 11:18 AM  

alhamdulillah syukur pada allah!

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP