Sahabat Tanpa Suara

Flashback Part 4: Ketenangan Dalam Kesukaran...

Wednesday, January 21, 2015

Assalamualaikum...

Bagi sesiapa yang ketinggalan kisah-kisah sebelum ini bolehlah tengok Part 1 - Part 3 disini>>

**********

Pernah tak korang merasa seperti korang diabaikan olehNya...? Pernahkah korang berdoa dengan kesungguhan yang sangat-sangat tapi still permintaan korang tidak ditunaikanNya...? Pernah tak korang berputus harap atas sesuatu yang sangat-sangat korang dambakan...? Jika pernah, beristighfarlah... Mari kita beristighfar banyak-banyak...

Allah Maha Besar, Allah Maha Agung, Allah Maha Mengetahui... Allah mengetahui segala-galanya, yang di langit mahu pun dibumi... Allah mengetahui apa yang kita tidak ketahui... Allah tahu apa yang baik untuk kita, Allah tahu apa yang tidak baik untuk kita... Kita meminta apa yang kita MAHU tetapi Allah akan beri apa yang kita PERLU...

Kita minta setangkai bunga indah,
Allah berikan kita kaktus berduri...
Kita minta kupu-kupu, Allah beri kita ulat...
Kita marah, kita sedih, kita kecewa...
Tapi tak lama kemudian kaktus berbunga indah...
Ulat bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik...
Allah Maha Besar... Allah Maha Mengetahui...

Cantik sungguh aku rasa bait-bait kata di atas... Memang bukan ayat dari aku, kepala hotak aku ini tak akan terfikir akan ayat-ayat seindah itu... Lebih indah bila ianya amat berkait rapat dengan kejadian yang menimpa aku... 

2 minggu aku menunggu keputusan biopsi... 2 minggu yang paling lama aku rasai dalam hidup aku... 2 minggu aku lalui dengan penuh kesukaran, tanda tanya, keserabutan pemikiran... Apakah keputusannya nanti...? Apa yang akan aku lakukan jika ianya positif...? Apa yang seterusnya akan berlaku dalam hidup aku...? Berapa lama lagi usia hayat aku ini...? 

Allah Maha Besar... Allah Maha Agung... Allah sayang aku... Dalam keserabutan fikiran aku itu tiba-tiba sahaja Dia memberi aku cahaya kesedaran... Dia memberi aku jalan... Selepas 'kejadian' malam tersebut aku rasa berlainan sangat-sangat... Bukan niat aku untuk menunjuk riak, tolong jangan bersangka begitu... Tapi percayalah, percayalah sesukar mana pun masalah kita, seteruk mana pun dugaan yang menimpa kita, satu-satunya jalan yang terbaik adalah dengan 'kembali' kepadaNya... 

Setelah melalui fasa 'menyalahkan takdir' aku diberi kesedaran... Hari-hari terakhir sebelum keputusan biopsi keluar, aku banyak menghabiskan masa di atas tikar sejadah... Amalan yang jarang aku lakukan dulu, kini aku kerap-kerapkan... Amalan yang tak pernah aku buat sebelum ini, kini baru aku nak belajar-belajar buat, dan aku cuba jadikannya sebagai amalan... Sedikit demi sedikit aku dapat menyerap tekanan itu... Ketenangan datang dalam diri aku... Serabut kepala aku hilang... Aku rasa aku akan bersedia, bersedia untuk menghadapi apa sahaja keputusan yang bakal aku ketahui nanti... 

Ketika berdoa, aku sentiasa meminta agar Allah menyelamatkan aku dari sebarang penyakit berbahaya... Jauhilah aku dari penyakit yang membawa maut ni... Aku berdoa agar telahan awal doktor terhadap ketumbuhan dalam tekak aku ini salah... Aku berdoa agar ketumbuhan ditekak aku ini adalah ketumbuhan biasa, yang boleh dibuang dengan memakan ubat sahaja... Ataupun sekurang-kurangnya dengan pembedahan minor... Namun aku tetap menyediakan minda aku agar bersedia menghadapi apa sahaja keputusan yang bakal keluar... Waima kanser sekali pun aku akan bersedia untuk menghadapinya... Aku perlu bersedia untuk menghadapinya... Yea, pray for the best but prepare for the worst...


Dalam masa yang sama keadaan fizikal tekak aku masih seperti sebelum ini... Suara aku tetap serak dan garau, tiada perubahan... Cuma kini apa yang agak menakutkan adalah aku mula terasa-rasa seperti ada sesuatu di dalam tekak aku, terutama ketika aku menelan makanan pepejal... Seperti ada je benda yang melekat kat dalam tekak aku ni... Korang pernah rasa tercekik tulang ikan...? Haa adalah lebih kurang sebegitu perasaannya, perasaan seperti ada tulang kecil yang melekat kat dalam tekak...

2 minggu telah berlalu, akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba... Aku kini sedang melangkah ke bilik Doktor Mawaddah... Doktor pakar ENT yang bertugas di bawah Prof Sani... Dia mengambil alih kes aku dari Prof Sani... Orangnya murah dengan senyuman, lembut tuturnya, jauh beza dengan Prof yang suka berbicara sinis... Aku mengagak usianya masih muda, mungkin sebaya isteri aku, yang pastinya mesti lebih muda dari aku... Lahir rasa kagum dalam hati aku, fuh muda-muda lagi dah jadi doktor pakar... Dalam masa yang sama timbul pulak kesangsian... Boleh ke doc ni, muda sangat lagi... 

"Assalamualaikum cikgu, jemput duduk... ingat saya lagi tak...?" Lebar senyumannya mempelawa aku dan isteri aku untuk duduk di hadapannya...

"Ye saya ingat, malam sebelum biopsi tu doktor ada examine tekak saya kan...?" balas aku dengan suara garau aku...

"Erm yelah tu, so sekarang saya dah ambil alih kes cikgu Shamsul ni, tapi masih tetap dibawah seliaan Prof Sani... Cikgu selesa ke...? So macamana cikgu sekarang...? Ada rasa apa-apa kat tekak...?"

Alamak doktor ni dia nak interview lagi pulak... Orang dah berdebar-debar ni... Straight to the point jelah... "Erm macam tu jugalah doc... Takde rasa sakit pun, cuma suara rasa makin garaulah... Dan kadang-kadang tu bila nak menelan makanan saya rasa macam ada sesuatu yang melekat kat tekak ni..."

"Oh yeke, so sekarang ni cikgu dah mula terasalah 'benda' tu ye...? Erm jadi cikgu macam nilah cikgu... tuuuuuuuuuuuuuuuuuttttttttttttttttttttttttttt..........................

Tiba-tiba je aku rasa 'blank', kosong, putaran dunia berhenti seketika untuk aku... Telinga aku rasa berdesing, suara doktor tenggelam dalam desingan tersebut... Korang pernah tengok  filem Armageddon...? Saat-saat Harry (Bruce Willis) nak tekan butang bom tu, tiba-tiba fikiran dia flashing back zaman anak dia kecil, imbasan demi imbasan hidup dia yang lepas flashing dalam otak dia... Well itulah yang aku rasakan... Aku bukan bergurau, no joke friends, itulah yang aku rasa...


Kemudian aku rasa tangan aku digenggam erat isteriku yang dari tadi senyap tak berkata apa-apa... Lantas aku tersedar, kata-kata doktor kembali menusuk gegendang telinga aku...

".......ermmm jadi macam nilah cikgu, 2 minggu lepas kita dah buat biopsi untuk untuk memastikan ketumbuhan jenis apa yang ada dalam tekak cikgu... Sebelum pembedahan pun Prof Sani dah ada beritahu kemungkinan-kemungkinan dia kan...? Cuma dia tak boleh memberi kepastian sebab yang boleh memastikannya adalah laporan dari makmal sahaja..."

Dup dap dup dap... Dada aku berdegup semakin kencang... Seperti kenderaan yang mau perang (eh termasuk pulak lirik lagu Dewa)...

"Saya minta cikgu banyak-banyak bersabar ye... Ini semua kehendak Allah, kita manusia hanya merancang namun hanya Dia yang menentukan... Nampaknya apa yang kita takut-takutkan telah jadi kenyataan... Laporan makmal telah mengesahkan yang ketumbuhan tersebut adalah kanser... Dan kini ia berada di tahap 3... Bla bla bla laryngeal cancer bla bla bla radiotherapy and chemotherapy bla bla bal surgery bla bla bla..." 

Jujurnya, aku dah tak tangkap kata-kata doktor selepas itu...

Aku menolah ke kiri, aku tengok wajah dia tenang... Mungkin dia telah bersedia... Aku...? Ye aku rasa tenang juga... Aku menarik nafas panjang-panjang, debaran aku terasa terhenti di situ, tiada panik, tiada cemas, tiada perasaan huru hara... Alhamdulillah... Aku tenang, aku bersedia, aku boleh terima...

Allah Maha Besar, Allah Maha Agung... Allah tidak 'memakbulkan' doa aku agar aku negatif kanser... Tetapi Allah memberi aku ketenangan, dan yang pastinya Allah telah 'menarik' aku untuk lebih dekat kepadaNya... Terima kasih Allah, terima kasih kerana telah memilih aku... Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar...

***** End of Part 4 *****

Petikan Part 5: Moden atau Alternatif...

Kini Sham telah disahkan sebagai pesakit kanser... Ujian makmal telah menunjukan memang terdapat ketumbuhan yang 'hidup' di dalam tekaknya, dan ianya tidak statik... Ianya membesar, membesar sehingga ke suatu tahap ianya akan menutup salur penafasan... dan apabila salur penafasan tertutup, ianya akan mengancam nyawa Sham...

Jadi sekarang Sham harus membuat keputusan... Apa tindakan yang perlu dilakukannya terhadap ketumbuhan kanser tersebut... Doktor telah memberinya 2 pilihan, namun kedua-duanya kelihatan amat-amat menakutkan...  1. regim radiotherapy dan chemotherapy selama 7 minggu berturut-turut dan 2. pembedahan pembuangan pita suara (total laryngectomy)... 

Apa pilihan Sham...? Apa pula hasilnya...? Nantikan Cerita Tanpa Suara dalam Part 5: Moden atau Alternatif...

16 comments:

Farah Waheda Wahid January 21, 2015 at 1:13 PM  

kena cari part sebelum ni nih...

Izwa Kamaruddin January 21, 2015 at 2:34 PM  

allahuakbar...innalillah..takziah sahabat..semoga lebih tabah dan kuat hdadapi dugaan maha besar ini..

aizamia3 January 21, 2015 at 2:44 PM  

Saya dah baca dari part 1 baru faham situasi sebenar. Menunggu kisah selanjutnya.

eMMe January 21, 2015 at 2:56 PM  

Ya Allah..dugaan buat Mu sahabat ku Sham.. moga tabah dgn dugaan n ujian Allah... Ya Allah..Kau sembuhkanlah penyakit sahabat ku ini Ya Allah..jauhkan penyakit ini daripadanya... Amiin.. YarabbalA'lamiin...

ewanthology January 21, 2015 at 8:57 PM  

lama lagi ke nak tunggu part seterusnya tu..hehe

Sham January 22, 2015 at 8:16 AM  

Klik je link tu sis bleh bc yg lepas2...

Sham January 22, 2015 at 8:17 AM  

I prefer tahniah...sbb 'terpilih' kan...😊

Sham January 22, 2015 at 8:18 AM  

Haah..tula akibatnya jika memandang enteng soal kesihatan...

Sham January 22, 2015 at 8:19 AM  

Insha Allah coming soon...

Sham January 22, 2015 at 8:20 AM  

Rilek bro man2...nnt xde bnda plak aku nk update...hee3...

arzmoha January 24, 2015 at 8:52 AM  

Bersabar ya sham. Besar sungguh ujian sham. Ada hikmah disebalik ujian ini.

Najib Ariyan Ali Basha January 24, 2015 at 9:28 AM  

Sabar yer Sham... tak semua kanser tak boleh diubati... ada orang yg berjaya cuba itu tak dimasukkan ke dalam silibus perubatan, dalam silibus masih tetap kanser tak terubatkan... sama macam kencing manis sama macam hiv... hakikatnya seperti kencing manis dan hiv, kedua2 penyakit maut tu boleh dikawal dan pengidapnya masih boleh berusia panjang...

saya hanya mencadangkan dari kejauhan... cubalah cari sejenis ubat bernama 4life... diberitakan dia dapat menewaskan hiv dan kanser... saya fikir ramai penjual nya di Semenjanung... boleh lah cari... ubat ni mampu menyerang kuman kanser dan membunuh sebarang sel2 baru dan memulihkan sel lama...

berubat biasa boleh, berubat alternatif pun bagus juga... cubalah... ikhtiarkan selagi mampu

cuba check link ni kalau sudi

https://www.facebook.com/4LifeTriFactor

SalbiahM January 27, 2015 at 10:47 AM  

saya baca dari part 1..kalau saya pun mesti awal-awal tak boleh terima.tapi dah itu dugaan yang Allah dah bg kat abg Sham, sebab Dia tahu abg Sham mampu menempuhnya.

Ana Jingga January 29, 2015 at 10:56 PM  

Sham bila kita rasa kitalah insan paling malang diatas muka bumiNya, percayalah ada yg lebih malang dari kita, seperti kisah seorang yg berjalan tanpa selipar dgn seorang yg berjalan tanpa kaki..setiap yg hidup ada bahagiannya masing2, tabah dan teruskan kehidupan demi org2 tersayang.. :)

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP