Sahabat Tanpa Suara

Jangan Pandang Sebelah Mata...

Monday, February 13, 2012

Hari ini baru aku sedar yang aku telah melakukan satu lagi kesilapan. Ya bukan silap besar pun, malah tak mendatangkan kesan pun kepada sesiapa... Tetapi sebenarnya kesilapan tersebut merupakan kesilapan yang aku benci apabila ada orang melakukannya terhadap aku, tetapi hari ini aku yang telah melakukannya... Kepada anak murid aku sendiri... Wooppss...!

Alkisahnya:

Tahun lepas lebih kurang sebulan sebelum pelajar tingkatan 3 menghadapi peperiksaan PMR, aku mendapat jadual untuk mengajar kelas tingkatan 3, matapelajaran Pendidikan Seni Visual...! Ei apa daa... Seni Visual...? Setakat ini lukisan aku yang paling cantik aku pernah lukis pun adalah gambar orang lidi...! Toinnnggg...! Aku segera ke bilik GPK 1.

"Bos, Seni Visual tingkatan 3...? Apa saya nak ajar ni...? Saya tak pandai melukis pun bos...!"

Relaks je GPK 1 aku jawab:" Eh bukan mengajar PSV, tu dalam jadual jer... Sebenarnya diorang ni dah masuk minggu ulangkaji dah. Ko bukan mengajar PSV, tapi buat ulangkaji je dengan diorang. Bahan semua dah ada, ko cuma bagi diorang soalan dan bincang jawapan je..."

"Wo macam tu ke...? Beres bos..."

Mengikut jadual yang diberi aku masuk ke kelas. Subjek yang aku perlu bincangkan dengan mereka adalah subjek Matematik. Aku sebenarnya jarang sangat mengajar kelas menengah bawah (tingkatan 1-3) jadinya agak kekok juga pada permulaannya. Kena pulak kelas yang aku masuk ni agak ke belakang, jadi budak-budaknya pun boleh tahan la...

Segera menjadi perhatian aku adalah sekumpulan 5 orang pelajar yang duduk di belakang sekali. Memang menguji kesabaran aku diorang berlima ni. Di kala pelajar-pelajar lain nampak nak sangat belajar, diorang ni ambil sambil lewa. Terutamanya sorang yang aku target 'kepala' geng berlima ni. Setiap kali masuk ke kelas aku terpaksa menumpu lebih perhatian pada mereka berlima. Bila diberi amaran baru mereka senyap, cuma yang sorang ni betul-betul tak 'makan saman' punya budak...!

Dipendekkan cerita satu hari tu aku hilang sabar. Hem diorang ni memang mencabar harimau yang sedang menyorokkan kuku ni...! Apa lagi, merasalah amukan si Bongkok dari Gua Hantu...! Sorilah aku tak boleh cerita detail, nanti jadi bahan bukti naik mahkamah pulak... Har har... Akhir sekali aku sound direct je pelajar sorang ni:"kalau macam nilah perangai kamu, memang lingkuplah PMR kamu...! Lepas ni baik tak payah sambung tingkatan 4. Terus melepak tepi longkang jelah kamu ni...!" Perhh baran betul aku masa tu...

Kebetulan itu merupakan kelas terakhir aku bersama mereka. Minggu berikutnya PMR pun berlangsung dan aku tak jumpa pun dah pelajar tersebut... Sehinggalah pagi tadi...!

Pagi tadi aku terserempak dengan pelajar ni... Dari jauh aku nampak dia tersengih jer...

"Cikgu..." Dia menyapa aku dulu...

"Ha kamu... Hidup lagi (ayat biasa aku bila jumpa budak yang lama aku tak jumpa). Nak pergi mana ni? Kelas mana sekarang?"

"Nak ke makmal Fizik cikgu... Saya kelas 4 Jujur (aliran sains) sekarang..."

Dia minta diri sambil berlalu. Sopan sungguh aku nampak sekarang ni... Aku tak terkata apa-apa. Hanya mengiringi dia dengan pandangan kosong. Macam tak percaya jer aku, tapi itulah kenyataannya... Silap aku kali ini..! Aku percaya dalam hati budak tu mesti dengan bangga berkata:"Ha, tulah cikgu lain kali jangan pandang saya sebelah mata tau...!"

Kuang kuang kuang...

Gambar hiasan. Gambar member lama aku yang kini sudah berjaya di Hollywood. Dulu aku pun pandang sebelah mata gak kat mamat ni. Tak sangka sekarang dah jadi megastar pun kat sana... Hua hua hua...

19 comments:

ewanthology February 13, 2012 at 9:46 PM  

mcm mane gambar gua ada dalam entry ni???


royalti plzzzz

Sham February 13, 2012 at 10:37 PM  

delarocha:

sudah...jgn nak perasan...gua main guli masa kecik2 dulu dengan mamat ni dowh...

Anonymous,  February 13, 2012 at 10:56 PM  

Tak aper Cikgu, murid tu mesti terima kata-kata cikgu tu sebagai cabaran pada dia.

Kira motivasi jugaklah tu.

Telor Power February 13, 2012 at 11:09 PM  

hahahaha kes seperti mcm aku semasa lagi 2 mggu sblm PMR. kena sound dgn cikgu geo girl (ingat nama dah..)

masa tu aku malas nak blajar(siap buang kertas ulangkaji). sampai cikgu perempuan tu merajuk dan nanges2. siap sumpah2 yg teruk pada masa depan aku.

krn takut sumpahan tu jadi betul,

dlm masa 2 mmgu aku berjaya ulangkaji setiap hari n tido 3jam jer sehari.
Hasilnya..... mmg stail. 7A1B maasuk terus class sains tulin next yearnya. Cikgu geo girl tu terkejut.
and aku just say TQ pada dia kerana sumpah2 kat aku sblm ni, krn sumpahan dia amat menakotkan aku (masa tu). kalau aku tak rasa takot masa tu, sah2 mesti aku jadi lagi terok.

dan aku juga buktikan pada diayg aku tak seteruk mana pun dan rajin juga(dalam diam) dari rakan2 sekelas yg asyik blajar mcm ulat buku.


peristiwa betul ini berlaku di SMSAS cameron highlands.

Telor Power February 13, 2012 at 11:11 PM  

silap...sebenarnya, " tak ingat nama cikgu tu dah" pada bahagian dalam kurungan yg awal tu

Sham February 13, 2012 at 11:28 PM  

TP:

Har har tau gak ko takut yer...

Telor Power February 13, 2012 at 11:30 PM  

harharhar sumpah guru agak badi kot....

Tea February 14, 2012 at 6:37 AM  

tadi dah komen, ilang :(

Tea February 14, 2012 at 6:39 AM  

lakonan semula komen:

Cikgu, saya buktikan yg saya boleh berjaya...(indirectly: saya berjaya kerana cabaran cikgu) maka jgn segan yer cikgu... tambah nasik.. tambah nasik..

faiz February 14, 2012 at 7:13 AM  

sbb tu sy xnk jd cikgu...mmg bsr cabaran...

cheqna February 14, 2012 at 8:28 AM  

kadang2 ayat keras dan direct perlu digunakan utk menyedarkan pelajar2 yang agak leka ni...
see..alhamdulillah dia berjaya =)

Noorieda February 14, 2012 at 9:50 AM  

ASSALAMUALAIKUM cikgu!

Hehe..mungkin dia baru sedar lepas cikgu marah dia dulu..Melonjak2 semangat dia bila kena marah macam tu..

Kadang2, murid2 memang perlu 'suntikan' semangat sikit..Pelajar2 memang perlu sangat2 sama ada cikgu beri nasihat,dorongan dan kadang2 kena marah juga..

# Tahun lepas masa f5 saya dan kawan2 banyak cikgu kasi kata2 semangat..kena marah pun banyak juga..(ramai juga cikgu2 yang merajuk dengan kelas kami,puas pujuk..huhu..-_- #

kurus February 14, 2012 at 5:28 PM  

dulu cita2 cikgu
tapi bila dah tua nie baru sedar kenapa akak x jadi cikgu ekekek ;)

Cik SHiNJU February 14, 2012 at 10:35 PM  

Mgkin kata2 amukan aok tu la yg menyedarkan dia utk bljr sungguh2 sbb tu dia x simpan dendam dan masih menegur.


pssttt...kim salam member lama aok tu yek...

whitecappuccino February 15, 2012 at 12:02 AM  

nasib baik mulut cikgu tak masin masa tu..kalo tak, memang lingkup budak tu..hehe

SangRatoo February 15, 2012 at 8:49 AM  

mungkin secara tak langsung, cikgu syam dah bagi semangat pada pelajar tu..Alhamdulillah. :)

khaifaiz February 15, 2012 at 10:07 AM  

kawan cikgu pelakon bollywood... perghhh teruja sgt

sud@is February 18, 2012 at 9:14 AM  

sy ada juga kawan sekolah macm ni cikgu, kat kelas macam 'penyangak' kata cikgu klas.. tp result spm gred 1 (zaman dulu2)

Anonymous,  February 24, 2012 at 6:02 AM  

ini kisah aku,,kisah btul ne,,,,dlu aku kne sumpah dgn guru kelas,,dia sumpah aku tk kn lulus spm,,,so aku dah rasa takot sangt,,last2 aku blajar sungguh2 dlm mase sbulan,,,akhirnye aku telah berjaya ke universiti,,heheheh,,,kne mrah ngn cikgu sbb tk dgr ckp,,, main jer keje nye,,,tp aku bersyukur sbb ade cikgu yg sumpah aku,,,lagi satu mse kat matrikulasi pn aku kne sumpah jugk,,,tp nasib baek lulus hahahha,,, tp sdih duh sbb hidup aku ne slalu kne sumpah jer,,,sedihh tulll

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP