Sahabat Tanpa Suara

Cikgu Syaitan...

Sunday, April 3, 2011


Ada baca Metro hari ini...? Kalau tak beli boleh baca online kat sini>>. Ini berkaitan dengan dunia aku, so nak tak nak aku kena ulas sikit isu ni. Pelajar koma kena belasah dengan cikgu...! Boleh baca kat sini>>.

Ini kerja gila namanya...! Budak berusia 7 tahun, maknanya baru darjah satu, dibelasah oleh gurunya kerana dituduh mencuri (belum dibuktikan lagi...!). Tangannya diikat dan dibelasah selama 2 jam, mengikut laporan akhbar tersebut. Baca laporan penuh disini>>.

Aku tak tau kejadian sebenarnya bagaimana, apa yang aku tau adalah berdasarkan apa yang aku baca di akhbar berkenaan. Namun bagi aku, atas alasan apa sekali pun, aku ulangi, tiada sebarang alasan pun yang boleh diterima akal; yang dapat membenarkan tindakan cikgu terbabit...! Aduyai kenapalah boleh sampai ke tahap itu...?

Terus terang aku katakan, aku pun pernah juga naik tangan kaki dengan para pelajar (ops ibarat membuka pekung di dadalah pulak...) tapi dalam keadaan yang waraslah. Tapi kejadian ini ibaratnya guru tersebut berada dalam keadaan yang tidak waras. Kalaulah dia betul waras pada ketika itu, takkanlah pula dibelasahnya budak tu sampai 2 jam. Itupun berhenti hanya setelah budak itu pengsan.

Waras yang aku maksudkan adalah sedar yang budak itu adalah anak orang, bukan anak binatang. Dan kita sebagai guru sebenarnya diberi amanah untuk mendidik, bukan membelasah budak (walaupun terbukti dia bersalah sekali pun...). Seriously, aku @#$%^&* cikgu tersebut, dan mereka-mereka yang seangkatan dengannya...! Kerana mereka-mereka yang seperti inilah yang akan membuat masyarakat memandang serong kepada golongan cikgu. Lebih utama kerana mereka telah mengkhianati amanah dan janji mereka untuk menjadi seorang pendidik...!

Doa aku semoga aku dijauhi dari sikap sebegitu. Pernah juga aku menyirap dengan perangai sesetengah budak tu, tapi Alhamdulillah setakat ini tak pernah lagi aku bertindak melampaui batas, dan semoga aku terus terlindung dari arah itu...! Doa aku juga semoga adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee berjaya diselamatkan dan dapat kembali menjalani kehidupannya seperti sedia kala...

Kepada cikgu yang terbabit, pandai-pandailah kau menjawab dengan bapa budak tu, dengan polis, dengan mahkamah... Paling penting, kau menjawablah di Akhirat nanti, bagaimana hari ini kau telah mengkhianati janji-janji dan amanah yang diberikan kepada kau...! Kepada masyarakat di luar sana, jangan hilang kepercayaan anda kepada guru-guru, Insyallah anak-anak anda masih selamat kerana aku yakin dan percaya, di luar sana masih terdapat lebih dari 300,000 guru-guru yang sependapat dengan aku. Kami bukan guru syaitan...!

32 comments:

sud@is April 4, 2011 at 12:00 AM  

berita yang menyedihkan...
menghukum tanpa perasaan, bertuhan syaitan.
merendahkan martabat guru,
menggoncang kepercayaan ibu bapa,
yang lebih buruk menghina diri sendiri...sungguh rugiiiii...

jawablah dimahkamah ALLAH nnt..

ewanthology April 4, 2011 at 12:19 AM  

kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

Murni Alfathunnisa April 4, 2011 at 12:40 AM  

kesian student tu. tak kisah lah apa alasan sekalipun..jangan lah dihukum budak tu sampai macam tu sekali kan...

ahmad humairi April 4, 2011 at 10:09 AM  

Kita semua kena tempiasnya....sabojela...

sahromnasrudin April 4, 2011 at 10:20 AM  

dia guru ke penjenayah perang huhuhhhh

terokai seni April 4, 2011 at 1:42 PM  

bila dah takde keja yang nak dibuat pilih jadik cekgu, sudahnya tambah keja yang menyusahkan semua para guru yang ikhlas bekerja

SangRatoo April 4, 2011 at 4:18 PM  

kalau budak tu salah pun..bukan itu tindakan sepatutnye..umm tak sanggup kalau jadi pada anak sendiri..

Sham April 4, 2011 at 4:39 PM  

sud@is:biarkan dia menjawab...!

Sham April 4, 2011 at 4:39 PM  

delarocha:itulah pasai...

Sham April 4, 2011 at 4:40 PM  

siti murni:itu bukan menghukum...itu nak membunuh..!

Sham April 4, 2011 at 4:40 PM  

humairi:sabor ajelah...

Sham April 4, 2011 at 4:41 PM  

sahrom:guru bertukar karier...

Sham April 4, 2011 at 4:41 PM  

cemomoi:cikgu yang ikhlas bekerja (serupa koi ni ler...;P)

Sham April 4, 2011 at 4:42 PM  

sangratoo:minta dijauhkanlah anak2 kita dari orang2 sebegitu...

saharul April 4, 2011 at 8:12 PM  

yang pastinye, cikgu tu akan menerima balasannya dan sekaligus menjadi ingatan buat diri koi serta rodong seangkatan...

KUREKURE COMEL April 4, 2011 at 8:26 PM  

dah meninggalkan budak tu..
adooiii...skrg institusi cikgu byk tercemar....


mina tergamam bila baca akhbar...
sampai hati cikgu tu kan...

syaitan kemain bersorak....`huhuhu..

Sham April 4, 2011 at 8:47 PM  

cikgu jang:ngajor biar ikhlas kan...

Sham April 4, 2011 at 8:48 PM  

mina:iye ke...?innalillah...aduyai ni dah kes bunuh ni...!

Miecyber April 4, 2011 at 11:12 PM  

Cikgu pembunuh anak yatim..
Terimalah balasan dari Allah nanti...

Sudah banjir di timpa saman

dill April 4, 2011 at 11:18 PM  

die dah tak de. Al-fatihah

Miss Dill^^

. April 4, 2011 at 11:28 PM  

cikgu ganas sebenarnya lagi bagus, dia ajar erti hidup. tapi sampai teruk macamni dia ajar erti mati rasanya.

ummiross April 4, 2011 at 11:39 PM  

Sangat terkilan, budak tu baru berumur 7 tahun,bayangkan perasaan mak ayah kehilangan anak yang baru nak mengenal dunia,masih panjang masa untuk mendidiknya,
begitulah bila perasaan amarah menguasai diri,bertindak diluar batasan kemanusiaan...

tengkorakemas April 5, 2011 at 1:57 AM  

sangat sayu hati bila tau mangsa dah pun meninggal..al-Fatihah buatnya,

kerana nila rosak susu sebelanga, jadi harap tiada yg memandang prejudis profesion perguruan..

padlie April 5, 2011 at 7:22 AM  

cikgu tu kena rujuk pakar psychiatric .. ada problem ngan dia ni..

Kakzakie Purvit April 5, 2011 at 9:40 AM  

Kakak faham perasaan sham sebagai guru. Tapi kami tahu hanya satu itu cikgu yg bersifat sebegitu.

Moga anak yg belum baligh itu ditempatkan bersama-sama org yg solih. Sayu hati kakak.....

cik bahulu oren April 5, 2011 at 10:41 AM  

boleh menghukum tp bkn begini caranya..sedih bca berita ni..adik tu pun da xde..al-fatihah..

airaniez wirdani April 5, 2011 at 10:47 AM  

Sedih dengan kejadian begini.hanya kerana RM7,dia dibelasah teruk sampai meninggal dunia.Semoga setiap jiwa pendidik dikurniakan kesabaran.Betullah tu,*kewarasan* dalam setiap tindakan itu penting.

Prince Halilintar April 5, 2011 at 1:36 PM  

geram sgt kat org yg hukum dak tu..xlayak digelar cikgu sebenarnya..xsalah menhukum kalau kene caranya..bukannya membunuh..

ibuintan April 5, 2011 at 4:01 PM  

as salam Sham,

betul kita sama2 kena tempiasnya

sedih sangat.. sebaya dengan anak2 murid yg sedang akak hadap setiap hari sekarang ni

nakal mereka nakal biasa saja tu

Yasminhamid April 5, 2011 at 4:09 PM  

memang sedih bila baca kisah ni... rasa sakit hati dengan cikgu terbabit pun ada.hanya kerana nila setitik.. habis susu sebelanga... tugas mendidik adalah satu amanah.. kita perlu ingat tu/..

Anonymous,  April 5, 2011 at 7:12 PM  

difahamkan kes ni berlaku di sekolah agama swasta. cikgu2 sekolah agama swasta tidak mungkin mengikuti latihan perguruan seperti yang berkhidmat di sekolah kementerian (kalau saya silap - mungkin cikgu tu guru terlatih, saya tarik balik). pendidik yang terlatih, insyaAllah ada pertimbangan manusiawi. apa2 pun kita harap ada penjelasan daripad apihak sekolah atau daripada cikgu itu sendiri mengapa dia berperilaku begitu. elok juga buat majlis mintak maaf terbuka.

MNFT April 5, 2011 at 7:39 PM  

mmng cikgu setan kalo mcm ni

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP