Sahabat Tanpa Suara

Mr Yes Man...

Thursday, April 21, 2011


Korang pernah tengok filem ni tak...? Yes Man lakonan Jim Carrey. Kisahnya bagaimana seorang lelaki yang mencabar dirinya sendiri untuk berkata YA kepada semua perkara yang datang dalam hidupnya... Pergh macamana tu...? Semua benda yang datang kita kena kata YA, atau BOLEH, atau BERES...! Agak-agak boleh hidup tak macam tu...?

Dalam kehidupan seharian, aku tidak boleh lakukan begitu, memang ada sesetengah perkara yang perlu aku katakan TIDAK. Mana boleh maa... Kalau ada orang minta yang bukan-bukan macamana? Contohnya tiba-tiba datang seorang awek cun yang kaya raya ajak aku couple, takkan aku nak kata YA pulak. Aku kan dah berumah tangga. Takkan aku nak kecewakan isteri aku pulak... Hua hua hua, perasan...

Tetapi dalam kerjaya aku sebagai guru ini, hampir semua perkara aku kena berkata YA, atau BOLEH, atau BERES. Lebih-lebih lagi kalau arahan itu datangnya dari YB Tuan/ Puan Pengetua, lagi pulak kalau arahan itu datangnya dari YAB Tuan/ Puan Pegawai PPD, lagi tak boleh kata TIDAK bila arahan itu datangnya dari YM Tuan/ Puan Pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri...

Ironinya perkara tersebut memang sedang berlaku kepada aku sekarang ini. Minggu lepas aku diberitahu oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik yang daerah tempat aku mengajar ini telah terpilih untuk menganjurkan Karnival Sains peringkat Negeri Pahang 2011. Karnivalnya akan berlangsung dari Jumaat (esok) hingga Ahad ini. Sebagai satu-satunya guru lelaki dalam bidang sains dan matematik, (setelah kematian arwah Halim, dan setelah ditolak dengan seorang lagi guru lelaki yang sudah bergred DG52 yang bakal pencen beberapa tahun lagi) secara automatik aku perlu menyediakan 3 orang pelajar untuk menyertai Pertandingan Bot Solar. Bot Solar...?

YA...! Aku katakan padanya. Walaupun aku satu habuk pun tak tau apa-apa berkenaan bot solar ni...! Mujur ada rakan guru yang sudi menolong. Thanks Lan, thanks Irman... Korang memang TERBAYEK...!

Selasa baru ni aku Cuti Rehat Khas, atas urusan peribadi. Dalam tengahari Ketua Bidang menghubungi aku:

"Sham, penyediaan peserta bot solar tu awak serahkan pada Lan dengan Irman jelah, awak dapat tugas baru ni... Pengetua minta awak masuk AJK pengelola... Sediakan tapak pertandingan, uruskan terus pertandingan tu sampai habis... Bla bla..."

"Eh eh pengelola la pulak... Apa ni...?" Dalam hati jer...

BOLEH...! Aku katakan padanya. Dahla aku baru tahu pasal bot solar ni, sekarang ni kena jadi pengelola pulak... Tak pe Lan dengan Irman ni mesti boleh tolong lagi... Diorang ada pengalaman. Sepanjang sehari dua ni aku sibuk mencari maklumat tentang penganjuran pertandingan bot solar dalam google (sebab tu kurang ada masa nak melawat kawan-kawan ;P)...

Siang tadi aku melawat tapak pertandingan, bahan-bahan sepatutnya sampai petang tadi. Belum sempat pun aku menyediakan tapak, tengahari tadi datang GPK Koko kepada aku:

"Sham, mu tak payah sediakan tempat. Kita bagi tugas tu kat cikgu lain. Suhaimi dengan Rahmat boleh tolong bahagian tu... Aku baru dapat fax dari JPN ni, nama mu naik pulak, kena jadi hakim pertandingan... Bla bla..."

"Hakim...? Apa saya nak hakimkan Cikgu Nan, benda ni pun saya baru tahu 2, 3 hari lepas...!"

"Alaaa, takde apanya. Besok petang ada taklimat akhir dari pihak JPN. Mu ikut je apa yang diorang suruh... Bla bla..."

"BERES...!" Kata aku... Isyh isyh isyh... Memang aku ni MR YES MAN betul la...

P/S: Dok tunggu bala apa pulak yang nak datang besok ni...!

42 comments:

ckLah @xiiinam April 21, 2011 at 8:56 PM  

Haih...
Tadi baru pulang dari 'Gempur Guru2 BM Tingkatan 5' di PPD. Dengan macam-macam rancangan, target, perangkaan, tugasan, dan harapan yang dibentangkan Tuan PPD...hujung-hujung dia kata "Saya tak mau Tuan-tuan dan Puan-puan 'BERKALAU' dalam bekerja!"


Fuhh. Tepu sekejap.

Encik MT April 21, 2011 at 8:56 PM  

cam best~ nak kena download nie citer nie.haha~

Sham April 21, 2011 at 9:08 PM  

ckLah:tula kadang2 geram gak dengan 'orang2 atas' ni.agak2 masa diorang jadi cikgu dulu camanalah agaknya ye...

Sham April 21, 2011 at 9:08 PM  

En MT:best ker...?beres...

Belalang hijau Perisik April 21, 2011 at 9:09 PM  

hahaha belalang suka citer tu...

citer2 lakonan jim carey semua best2...lawak ya amat citer tu...hee

azmnor April 21, 2011 at 9:18 PM  

Salam Sham...,

saya tak tengok lagi "YES MAN" tu..,tp memang susah juga nak jawab semula benda boleh, ya dan beres....

Sham April 21, 2011 at 10:03 PM  

belalang hijau:cite dia paling best,the mask...

Sham April 21, 2011 at 10:04 PM  

azmnor:kalau berani bole la...

faiz April 21, 2011 at 10:38 PM  

yess...cikgu boleh..sentiasa berusaha utk lakukan sesuatu ug baik..

tengkorakemas April 21, 2011 at 10:42 PM  

hehe dalam filem tu dia jadi yes man takut kena bala, tapi akhirnya dia sedar bukan semua benda perlu dikatakan ya, mcm yg bro buat juga he

tapi nampaknya berkaitan kerja bro tetap cakap boleh :D

p/s:boleh tak mu menang lawan everton sabtu ni?katakan BOLEH!

Sham April 21, 2011 at 11:12 PM  

faiz:terbaik dari ladang bro...

Sham April 21, 2011 at 11:12 PM  

tengkorakemas:sabtu ni bukan BOLEH bro...itu sudah PASTI...har har har...

IMANSHAH April 21, 2011 at 11:13 PM  

hang jangan bising, tampo kang!! ikut je arahan..kahkah

ibuintan April 21, 2011 at 11:26 PM  

ha kan... cekgu besau Iman dah marah

ibu dah nonton cerita Yes Man tu.. memang kelakar, ilang tensen jap

khaifaiz April 21, 2011 at 11:30 PM  

baguihnye jd yes man.. Kalu jd no man kn ke susah nanti.. hehehe

Sham April 21, 2011 at 11:31 PM  

ibuintan:itu kalau betul2 jadi guru besau sok memang giler kuasa tu...!Hua hua...

Sham April 21, 2011 at 11:32 PM  

khaifaiz:SYMP=saya yang menurut perintah...

jeBateja April 21, 2011 at 11:59 PM  

wow...lain kali papar kat sini lah...apa itu bot solar...mcm best jer ni...

ewanthology April 22, 2011 at 5:05 AM  

nnt dpt sms

'sham, hang buat semua lah'

huhu

faraherda.razalan April 22, 2011 at 9:41 AM  

ish, nie cerita cikgu-cikgi nie...

Kakzakie Purvit April 22, 2011 at 10:25 AM  

Tahniah dari kakak. Ini bukan yes man tapi tanggung-jawab yg boleh dipikul. Dia tahu sham boleh pikul tu sebab diberinya tugasan tersebut....

SangRatoo April 22, 2011 at 10:34 AM  

Salam Sham..rasanya kalau semua "Yes" ..takdela asam garam kehidupan..apa² pun tahniah atas tanggungjawab yg dipikul.ini bermakna Sham mmg Yes utk melakukannya :)

Kak anie April 22, 2011 at 11:51 AM  

Salam Sham.. hehehe.nak gelak pun ade baca citer ni..

Abih nak buat camno... dia bukan tanya kita setuju tak diberi tugas lain... tau2 dapat je... jadi...Yes kan ajelah...

Dr K April 22, 2011 at 3:02 PM  

Lepas ni kau boleh tak berkata YES kepada arahan gomen utk kira BMI budak2 ni...:P

ummiross April 22, 2011 at 3:47 PM  

banyak tugas dapat Sham,mesti boleh buat keje ni,sebab tu orang suka...

.drakula. April 22, 2011 at 6:34 PM  

yes ialah mencabar diri jika tidak termampu say no....hehe

Dinas Aldi April 22, 2011 at 11:02 PM  

saya yang menurut...perintah...

ahmad humairi April 23, 2011 at 9:00 AM  

Jadi macam cerita keledai yang memenuhi semua permintaan tuannya....hmmmm.....mampoih!

gadisBunga™ April 23, 2011 at 1:16 PM  

shah rukh khan penah belakon citer Yess Boss. hu~

mie April 23, 2011 at 7:31 PM  

jadikan "yes" untuk segala kebaikan..
hyehehheee

Cik SHiNJU April 25, 2011 at 3:56 PM  

A'ah...ade tgk citer ni dulu..
Semer benda dia kata YES...
smpai pengemis mintok semer duit pun dia bagi...Kita kena berfikiran +ve, tp ade ketikanya perlu berkata tidak..

shameel Iskandar April 25, 2011 at 10:01 PM  

Sham.
Beginilah nasib kita sebagai guru. saya pun pernah alami masalah mcm ni,


Sebab tu secara sinis saya selalu kaitkn org-org atasan ni mcm makhluk atas pokok...

Cikgu Nurin April 26, 2011 at 6:54 PM  

Hmmm...cikgu a.k.a bola..kan? redha je laaa...ikhlas,ikhlas,ikhlasssss...

fairus April 27, 2011 at 1:36 PM  

tak pernah tengok lak cite ni.. tapi kalau jim carey yang berlakin, pastinya kelakau..

mak encik | SZ April 28, 2011 at 9:18 AM  

saya pun slalu gak kena jadik YES MEM ...

ehheee..
rasanya sebab orang suka/senang berurusan dgn kita kot...
ihikss...sapa lagi nak masukkan bakul angkat sendirik kan? naik lif je tekan sendiri :p

Aleen Aiden April 29, 2011 at 12:19 PM  

blum tengok lagi.mane nak donlod ye?hee

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP