Sahabat Tanpa Suara

Aku Masih Hidup - Part II

Sunday, February 13, 2011

Pagi tadi aku buat entry yang tak habis. Nak baca boleh tekan sini. Malam ni aku sambung balik untuk kejadian-kejadian seterusnya...

Kejadian 3

Semester akhir matrikulasi aku di UPM, aku dapat membeli sebiji motosikal. RXZ tu...Motor idaman pakcik, 2nd hand jela... Pertama kali memiliki motor sendiri, memang aku jadi gila wheel...! Bawa pulak, Masyallah... Aku sendiri malu bila mengenangkannya. Mujur masa tu takde lagi istilah mat rempit, kalau tak memang aku dah termasuk dalam kategori tu pun. Jatuh-jatuh bodoh ni, dah kira biasa. Boleh kata hampir setiap semester ada je kemalangan kecil yang berlaku...

Semester 2 Bacelor, aku mengambil kelas elektif, subjek dari Fakulti Komunikasi. Subjek ini kelas dia seminggu sekali je, tapi waktu malam. Kelas 2 jam direct dengar lecture. Kebetulan malam tu aku sampai lambat. Kelas dah la penuh macam sardin, kerusi penuh terpaksa aku duduk tercongok kat belakang. Ntah apa yang pensyarah tu lecture aku pun tak tau dah. Kepala aku dah naik bengap tak sabar-sabar nak keluar dari dewan kuliah...

Menjelang 10 malam aku dah stanby kat pintu, abis je lecturer bagi salam aku terus chow. Start enjin cabut, bersama dengan 2 rakan sekolej, kami sama-sama bakar line. Dari Fakulti Komunikasi ke pondok guard untuk masuk ke kolej dalam lingkungan 1 km sahaja, tapi cukup untuk kitorang 'tarik'. Di pertengahan jalan aku masih mendahului, tetapi cuba dipintas oleh rakanku. Aku perah lagi minyak, bersungguh-sungguh nak di depan. Entah macam mana kami berdua boleh bergesel, menyebabkan aku hilang kawalan. Aku lepaskan motor dan tercampak ke tepi jalan, berguling-guling aku macam Mick Doohan menurut member aku.

Nun di seberang jalan kira-kira 20 meter, motor aku berjalan sendiri lalu melanggar sebuah kancil, milik student perempuan. Menangis-nangis dia tengok kereta dia. Bahagian depan kemek sampai pecah radiator, menandakan kuatnya hentakan dari motor aku. Motor aku, bahagian depan kondem terus sampai kena tarik chasis. Menurut kawan aku, mujur aku melepaskan motor, kalau terlibat sekali pelanggaran dengan kancil itu, hilang sorang member diorang malam tu..!

Aku pula, Alhamdulillah tiada yang patah riuk. Tapi luka teruk di bahagian paha, punggung, lengan dan dada. Lepas kejadian itu taubat aku tak merempit dalam kolej dah. RXZ aku tukarkan dengan Modenas Kris adik aku. Turun pangkat, bawa pun tak laju mana dah...

Kejadian 4

Penghujung tahun 2001 aku upgrade tunggangan aku dari 2 tayar ke 4 tayar. Iswara aeroback je, dari gila wheel bertukar pulak menjadi gila stering (apa punya gila la aku ni)... Pertengahan 2003 aku dah ada steady GF, sekarang dah jadi bini pun. Hari Isnin tu aku ambil cuti half day, untuk menghantar GF aku ke Puduraya, dia nak balik ke UUM. Dia menaiki bas jam 11 pagi. Aku ada masa lebih kurang 1 jam sahaja untuk punch card kerja aku. Terus aku pecut ke Pelabuhan Kelang melalui Federal Highway. Sampai di susur Bukit Raja aku masuk ke Highway Shahpadu, kalau di Federal Highway tadi aku tak berpeluang memecut kerana biasalah, Federal mana pernah lengang. Tetapi Highway Shahpadu memang lengang, yang ada lori treler mengangkut kontena je. Aku pun apa lagi, tekan la selagi boleh.

Sebelum susur keluar ke jalan biasa ada tol, selepas bayar tol aku kembali memecut. Masa dah singkat, aku tak nak punch card merah, jatuh la reputasi aku sebagai engineer kan... Sebelum selekoh susur keluar aku sempat menjeling ke arah meter kelajuan, tu dia 160 km/jam. Pergh selekoh dah sampai, tak sempat nak brek ni...! Dari gear 5 aku drop ke gear 4, dalam masa sama aku libas stering. Aduyai silap perbuatan aku itu...! Aku terbabas lalu melanggar divider sebelah kanan, berdentum..! Aku libas pula sebelah kiri, berdentum pula divider sebelah kiri..! 2 kali...! Akhirnya kereta berhenti...

Cermin depan kereta aku berkecai. Pintu sebelah kiri remuk teruk. Enjin kereta aku tengok berasap. Kereta aku jadi pendek di bahagian depan, lutut aku terperesok ke bawah dashboard. Aku rasa hidung aku berdarah, dada aku sakit berlanggar dengan stering. Mujur aku memakai tali pinggang keledar, namun leher aku luka akibat terjerut. Aku membuka pintu dan cuba keluar, tetapi kaki aku lemah, terpaksa merangkak... Aku bersandar di tepi divider, cuba memulihkan semangat... Aku memeriksa tubuh badan aku, tiada kecederaan teruk. Aku boleh berdiri, mengeleng-ngeleng kepala melihat ke arah kereta, sambil menyesali kebodohan diri sendiri...! Selang beberapa minit, bantuan sampai...

3 bulan kereta aku duduk dalam bengkel, boleh dibaiki tetapi insurans mengisytihar sebagai 'total lost'. Aku terus menggunakan kereta tersebut sehingga 2006 sebelum menukarkannya dengan Waja yang ku pakai sehingga ke hari ini. Pemanduan aku hari ini? Sudah pasti lebih berhemah, selagi boleh aku nak ikut segala peraturan yang ada. Cuma kadangkala tak boleh lepas juga dengan speed trap... ;P

Ceh ada hati terasa diri macam Too Fast Too Furious...

Pesanan aku kepada rakan-rakan: Jalanraya bukan tempat berlumba... Memandulah mengikut peraturan, bukan perasaan...

16 comments:

Afzainizam February 13, 2011 at 11:15 PM  

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uihhhhhhh Alhamdulillah panjang umurnyerrr...


kalau belum berpantang ajal.... isshhh total losss

Sham February 13, 2011 at 11:38 PM  

tula pasal sekarang ni dah jadi pemandu skema...cuma kadang2 lepas gian kat hiway...terus kena speed trap..huhu

Prince Halilintar February 14, 2011 at 12:26 AM  

alamak salah tempat nak drift tu..hehe..apepon sikap driver semasa dijalan raya mestilah memikirkan keselamatan org lain jugak..jgn terlampau ikutkan nafsu..jadikan pengalaman sbg pengajaran sham..(nice 2 know u too..)

hentian February 14, 2011 at 12:27 AM  

lagi satu, jangan tunggang kerana perasan...

Cik SHiNJU February 14, 2011 at 1:09 AM  

Salam...

Pjg umur aok yek...
Boleh lg citer pgalaman2 tu kat sini...Koi x pnah lg alami xcdent teruk gini...mohon dijauhkan olehNYA..

Unknown February 14, 2011 at 7:05 AM  

jadilah pemandu berhemah..berhati2 dijalan raya...huhu

Ati Masrif February 14, 2011 at 8:33 AM  

as salam sham,

terima kasih kerana sudi flw blog kita

jadi sham ni mat motor yg dah pencen je... ^_~



Jom baca: Inilah Gerut-Gerut

terokai seni February 14, 2011 at 8:50 AM  

huiii ganas jugak rupanya

mujur opanjang umur yea

Kakzakie Purvit February 14, 2011 at 9:14 AM  

Kakak rasa bila diri telah dipanjat usia kematangan akhirnya seseorang itu akan berubah juga apatah lagi dah ada pasangan. Ada org kanan yg menasihati. Kena selalu sujud syukur kerana Allah masih beri peluang menikmati hidup.

sahromnasrudin February 14, 2011 at 9:15 AM  

sekarang nie kalau drif, mesti hebat kan atau pun org kata dah buang tebiat ke hehehehehee

Nur February 14, 2011 at 1:27 PM  

Ngeri juga saya baca. Nasib baik cikgu tak apa-apa.

sekadar satu coretan February 14, 2011 at 1:51 PM  

betul tu..j/raya bukan tempat berlumba...ingat keluarga tersayang...

minta2 jauhkan perkara2 yg diingini bile berada kat j/raya ni..

Siti Noor Aminah February 14, 2011 at 2:33 PM  

rempittt, nanti boleh berlakon cerita adnan sempit 2. hohoh

abu luqman February 14, 2011 at 3:19 PM  

saya pernah jatuh motor..dan telah merasai kesakitannya..huhu

Cikgu Tie February 14, 2011 at 5:10 PM  

Cikgu Tie pun pernah jatuh motor jugak.Masa tu lesen pun tak ada...sampai hari ni pun tak rasa teringin nak ada lesen motor...dah jadi fobia dgn motor.Ambil lesen kereta ajer....rasa lebih selamat.

Anonymous,  August 14, 2011 at 7:51 AM  

1000 facebook likes
buy facebook likes

http://www.msstudentlounge.com/Default.aspx?TabId=60&id=767 http://home.fueltracker.com/content/gas-prices-reach-25-month-high-southern-california
get facebook likes get facebook likes 1000 facebook likes
I am running Windows XP SP3 and am connected to the internet through a Comcast modem and Belkin router. It says my internet connection is excellent and this problem does not occur on the other laptop in the house. I have tried many things and there are no viruses or firewall problems. I decided to run IE's diagnostic thing. It said there was some problem, that I was told could be solved by using Winsock XP Fix (because whenever IE tried to fix it, it claimed it fixed it and to restart my computer, but then when I would restart, the problem would still occur and be detected). After using Winsock XP Fix, the problem stopped for a few hours, but is now back again and this program does not solve it anymore. Any help is appreciated, thank you.

facebook likes get facebook likes [url=http://1000fbfans.info]facebook likes [/url] get facebook likes

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP