Sahabat Tanpa Suara

Binaan Kaabah II

Friday, November 5, 2010

Di luar binaan Kaabah terdapat beberapa binaan atau struktur yang wajib diketahui oleh ummat Islam terutamanya yang bakal bergelar jemaah Haji.

1. Hajar Aswad: Hajar Aswad merupakan batu yang berwarna hitam kemerah-merahan. Ianya berbentuk bujur seperti telur dan terdapat bintik-bintik merah dan kuning bekas pecahan. Di sekelilingnya diikat dengan pita perak sepanjang 30cm. Ruang di antara Rukun Aswad dengan pintu Kaabah dipanggil sebagai Multazam.

2. Multazam: Multazam merupakan tempat yang bermulanya tawaf mengelilingi Kaabah. Disunatkan berdoa serta meletakkan pipi, dada, lengan serta tapak tangan disini.

3. Mizab Rahmah: Terdapat sebuah pancur air di bahagian dinding di sebelah barat laut bahagian atas Kaabah. Fungsinya adalah untuk mengalirkan air hujan ke satu tembok yang berbentuk bulan sabit. Sultan Abdul Majid (1839-1861) telah menggantikan pancur ini dengan saluran yang dibuat dari emas pada tahun 1273H. Ianya kekal sehingga ke hari ini.

4. Al-Haatim: Di hadapan Mizab terdapat sebuah tembok melengkung yang dinamakan sebagai Al-Haatim. Tembok tersebut melengkung dan berbentuk seperti bentuk bulan sabit. Kedua-dua hujungnya mengarah ke sudut Kaabah di sebelah timur dan barat.


5. Hijir Ismail: Halaman di antara Al-Haatim dan Kaabah dinamakan sebagai Al-Hijr ataupun Hijir Ismail. Ada pendapat mengatakan bahawa makam Nabi Ismail A.S dan ibunya Siti Hajar terletak di kawasan ini.


6. Maqam Ibrahim: Maqam Ibrahim diiktiraf sebagai sebahagian daripada Kaabah. Ia sebenarnya merupakan tempat pijakannya di atas sebuah batu ketika Baginda membangunkan binaan Kaabah buat pertama kalinya. Maqam Ibrahim dilindungi oleh lapisan dinding kristal. Dinding kristal itu pula dilindungi oleh rangka besi dan kaca tebal. Di dalamnya terdapat bekas sepasang tapak kaki Baginda di atas sebuah batu. Sesungguhnya kesan tersebut membuktikan lagi akan kekuasaan Allah S.W.T.

2 comments:

MJ November 5, 2010 at 11:14 PM  

Jika berkesempatan untuk menerima seruanNya lagi, Alhamdulillah... =) Rindunya bila baca entry ini. Syukran ya Akhi.

Anonymous,  November 8, 2010 at 6:49 PM  

Maha Suci Allah.

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP