Sahabat Tanpa Suara

Cikgu Cuti Raya; Pelajar Dapat Komputer

Thursday, August 26, 2010

I
Semalam aku mendapat dua perkhabaran gembira. Petang tu kan semua dah tau, kakitangan kerajaan akan menerima bonus raya sebanyak RM500. Oklah tu kan, sapa nak bagi 500; time-time gawat gini pulak tu. Sebelum daripada tu ada satu lagi perkhabaran gembira dari sekolah aku. Dalam mesyuarat mingguan semalam Tuan Pengetua memaklumkan yang sekolah aku akan bercuti sepanjang minggu selepas hari raya iaitu bermula 13/09 hingga 17/09. Bermakna selain cuti yang telah sedia diberi pada Isnin dan Khamis (cuti sempena penubuhan Malaysia), sekolah aku menambah 3 hari lagi cuti iaitu pada Selasa, Rabu dan Jumaat.

Seronoklah dapat bercuti sakan kan? Tapi yang menjadi masalahnya ketiga-tiga hari cuti tersebut adalah cuti ganti kerana cuti peristiwa tidak boleh diambil. Erm biasalah dalam meting benda-benda gini akan menimbulkan pro & konnya. Ada yang setuju ada juga yang tak setuju. bagi guru-guru yang tinggal dalam daerah dan tak kemana-mana (tak balik kampung sebab kat situlah kampungnya) dah tentu-tentulah tak nak cuti lama-lama. Lebih-lebih lagi kena ganti sepanjang 3 kali Sabtu lepas ini. Tapi yang bukan warga daerah dan yang perlu balik ke kampung yang jauh - itu sudah menjadi satu kesyukuran. Ganti pun gantilah.

Cuma yang menarik perhatian aku apabila ada seorang guru Cina yang dah 'season' menyatakan pendapatnya: "bukan saya nak campur urusan hari raya cikgu, cuma saya nak meluahkan pendapat saya berkenaan mood pelajar. Kita harus ingat yang sebaik sahaja tamat cuti pelajar akan menduduki Peperiksaan Percubaan SPM". Aku tengok muka Pengetua dah lain macam. Aiseh ada chance kena tarik balik cuti ni. Tapi akhirnya meting tersebut mengambil keputusan atas suara ramai:- cuti sepanjang minggu.

Satu kelegaan juga bagi aku kerana aku telah pun menamatkan silibus pengajaran. Cuma aku terkenang juga nasib budak-budak nanti. Erm pandai-pandailah korang ye...

II

Sepanjang minggu ni aku selalu nampak pelajar-pelajar sekolah ni mengusung netbook ke hulu ke hilir. Bukan sorang dua orang, ramai-ramai lak tu. Amboi kaya betul mak bapak budak-budak sekarang ye. Risik punya risik rupa-rupanya kerajaan melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah melancarkan Program Pemberian Netbook 1 Malaysia kepada pelajar sekolah dibawah perlaksanaan Jalur Lebar Kebangsaan (NBI). Sebagai syarat untuk mendapat netbook jenama e-machine itu, setiap pelajar yang terpilih perlulah membuat langganan jalur lebar dengan kadar bayaran yang tertentu untuk tempoh selama dua tahun.

Wah beruntung betul budak-budak ni. Cikgu pun tak dapat netbook. Tapi bagi aku baguslah program sebegini. Untuk melahirkan generasi yang celik IT. Aku sempat membelek-belek netbook e-machine daripada salah seorang pelajar yang terpilih untuk mendapat netbook tersebut. Kalau diikutkan specs dia ok sesangat. Dengan processor Atom dari Intel, hard disc 250 gb, ram ddr2 1 gb. Ini kira sudah standard bagus lah. Memang beruntunglah budak-budak ni. Cuma bila aku test aku rasa memang ada sedikit kekuranganlah netbook tu. Keyboard dia agak kasar selain kursor dia agak kurang sensitif. Perlu menekan agak kuat untuk menghasilkan kesan. Paparan dia pun kurang menyerlah. Tapi apa pun siapa nak bagi netbook free kan. Dah dapat tu bersyukur jelah. Cuma pesan aku pada budak-budak aku, pandai-pandailah korang memanfaatkan teknologi, jangan korang menjadi 'mangsa' teknologi sudah...

0 comments:

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP