Sahabat Tanpa Suara

Bagaimana Membuat Ais Kering

Thursday, July 15, 2010


Ais kering merupakan gas karbon dioksida di dalam bentuk pepejal. Suhunya yang sejuk lampau boleh mencecah kepada -100 darjah celcius. Ais kering sering digunakan dalam persembahan teater atau pun nyanyian untuk memberi efek seperti asap. Tujuan lain ais kering adalah untuk menyejukkan sesuatu benda dalam tempoh yang sangat cepat. Dalam cuaca kemarau, ais kering dalam jumlah yang banyak akan digunakan untuk pembenihan awan dengan harapan dapat menghasilkan hujan.

Untuk menghasilkan ais kering dalam bentuk yang sederhana adalah tidak sesukar mana. Namun langkah berjaga-jaga haruslah diambil kerana kesejukkan ais kering itu sendiri mampu mencederakan.

Alatan yang diperlukan:
1. Tangki gas karbon dioksida (boleh didapati di kedai peralatan scuba, kedai akuarium atau kedai peralatan paint ball)
2. Bag kain
3. Mangkuk
4. Pita pelekat
5. Alat pelindung mata dan sarung tangan

Cara-cara:

# Lekatkan kepala beg kain pada muncung tangki gas.
# Ikatkan dengan pita peletak.
# Semburkan gas karbon dioksida ke dalam beg selama 10-15 saat (bergantung kepada jumlah yang anda inginkan)
# Buka pita pelekat, keluarkan ais kering dari dalam beg dan masukkan kedalam mangkuk.
# Ais kering siap untuk digunakan.

10 comments:

Anonymous,  September 25, 2011 at 7:39 PM  

1.boleh ke kite sembur kan tangki gas karbon dioksida di ais
2.apabila sudah letak di air seperti kolam.kite boleh ke masuk ke dalam kolam itu

Nufiey Anuar June 16, 2013 at 4:34 PM  

boleh lha buat dekat pementasan teater nie bestt ..

Anonymous,  December 30, 2013 at 2:49 PM  

Boleh tak attachkan gambar atau video? Terima kasih
.

Anonymous,  August 31, 2014 at 11:30 PM  

White Jul 29th 2014 - Have you big fish casino
hack been using the modern games are available for
Android app developers need to go. In a new feather to its high-definition graphics.

The mobile space continues to be thrifty, and in particular the future growth potential in the decade's development history of the games more lively as they play games like cricket, caramboard etc.
Also visit the following link to know the locations of 'Pieces of
Eden', which has modern tools and technology is simply another platform
and a mysteriousavenger behind all crimes.

My web blog ... Big fish casino hack

Unknown May 2, 2016 at 8:29 PM  

berapa harga tangki gas tu

Unknown October 26, 2017 at 10:19 PM  

Boleh letak dlm kolam mandi tak ais kering tu? Boleh minum tak ais kering tu? Bahaya tak ais kering tu? Ada beri kesan negatif tak?

Unknown June 28, 2018 at 10:22 PM  

Ais kering boleh buat batu cincin x?? 😂😂😂

Unknown July 13, 2018 at 7:50 AM  

Nk cuba la buat
Buat la video senang sikit nk tiru

Anonymous,  July 21, 2020 at 10:05 AM  

bahaya ke ais kering ni

Post a Comment

Ha sekarang korang boley komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com

!

!

  © Blogger template On The Road for shamdisini.blogspot.com 2010

Back to TOP